Friday, 27 February 2015

Talkative / Banyak Mulut / Suka Cakap

Hi and assalamualaikum,

Topik yang menarik tetapi sukar diulas. Mungkin itu cuma bagi aku sahaja yang sedang menulis ni.

Menjadi seorang yang banyak mulut atau suka bercakap kadang kala memberi kesan yang positif dan negatif kepada seseorang itu. Orang yang suka bercakap ini terbahagi kepada beberapa kategori:
i.                    Suka bercakap dengan dengan seorang sahaja
ii.                  Suka bercakap dalam kelompok yang sangat kecil (kurang daripada 5)
iii.                Suka bercakap dalam dalam kelompok yang kecil
iv.               Suka bercakap dalam kelompok yang agak besar
v.                 Suka bercakap dalam kelompok yang besar

Sebenarnya semua kategori ini berkaitan dengan sikap berani yang ada di dalam diri seseorang itu.

Secara jujurnya aku berada dalam kategori yang ke-ii, tetapi kadang-kadang aku juga berada dalam kategori pertam. Aku memang tidak suka bercakap di hadapan ramai orang walaupun hanya di hadapan kawan-kawan aku di dalam kelas seramai 30 orang. Ini selalu terjadi apabila aku disuruh melakukan “presentation” bagi subjek-subjek tertentu.

Mungkin ramai akan kata, ’Eleh, aku pun takut jugak cakap depan orang ramai. Normal laa tu nervous.’

Sememangnya perasaan gugup itu normal, tapi aku risau apabila aku terlampau gugup. Itu baru menggunakan bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu, belum lagi Bahasa Inggeris. Kalau aku membuat “presentation” menggunakan Bahasa Inggeris, memang semua berterabur. Ayat-ayat yang aku dah cipta dalam kepala otak aku semua terbang jauh-jauh dari aku. Pernah sekali aku membuat promosi bagi projek aku, aku hampir merosakkan promosi tu gara-gara aku tersilap cakap. Sebagai contoh, sepatutnya aku cakap macam ni, ‘This is apple. The taste is very delicious.’ tapi time tu aku tercakap ‘The taste is unattractive.’

Pada masa yang sama aku dah lakukan sesuatu yang membuat seluruh kelas menggelakkan aku. Jujur masa tu aku malu, tapi aku tetap teruskan. Aku memang sedar, zaman universiti merupakan satu waktu yang panjang yang memerlukan kemahiran berkata-kata. Tapi entah kenapa, aku masih gagal untuk mendapat kemahiran tu.

Teringat ketika aku di dalam matrikulasi, aku berani berkata-kata di hadapan kawan-kawan aku walaupun kadang kala aku tersilap menyampaikan informasi yang betul. Apabila aku fikirkan balik dan mengenang zaman matrikulasi, aku sedar kemahiran ini juga mempunyai kaitan dengan sokongan dari kawan-kawan rapat.
Semester yang lepas masih belum mencukupi untuk aku kenal dan rapat dengan kawan-kawan aku di dalam kelas. Ya, mungkin aku nampak rapat dengan dua orang itu, tapi aku rasa terdapat jurang yang membuat aku tak boleh rapat dengan dia. Aku ada kawan rapat yang lain tetapi berlainan program dengan aku, jadi aku jarang jumpa dengan dia. Okay kita tutup pasal kawan.

Berbalik pada tajuk kita, aku sangat-sangat teruja pada orang yang suka bercakap, banyak mulut dan sentiasa mengeluarkan ayat-ayat yang menarik dan menyejukkan hati. Tapi apbila aku terdengar orang yang suka bercakap (kutuk, perli, fitnah, caci atau mengumpat) aku rasa menyampah dan aku fikir lebih baik dia bercerita kosong tentang pokok daripada cakap benda yang bukan-bukan.

Well, kita hanyalah manusia biasa yang takkan pernah terlepas dari semua ni, kecuali kalau kau nabi, rasul, imam atau ulama. Kadang-kadang aku pun pandai termengumpat orang dan terkutuk orang, terutama apabila kita marah pada orang-orang yang kita ‘sedekahkan pahala’ tu .

Tapi aku lagi teruja pada orang yang mampu berbahas di hadapan ramai orang dengan ayat-ayat yang menarik dan tidak membuat kita mengantuk. Kadang-kadang aku terfikir nk jadi macam orang-orang tersebut, tapi entah laa, aku hilang keyakinan apabila tengok kawan-kawan aku. Most of them can talk very well. 
Hmm ………

 #i wish i can be more talkative .... 



Hanya Untuk Happy-happy ^_^

Post a Comment