Sunday, 1 February 2015

Sambal Tumis Tempe & Biji Meranti

assalamualaikum dan selamat malam ,

haha , memang agak buang tabiat untuk aku menaip di dalam blog pada malam hari ini setelah sekian lama mendiamkan diri . biasalah sekarang aku seorang pelajar . sekarang ini aku tengah cuti semester satu . jadi , sepanjang aku cuti , aktiviti aku hanya tertumpu di rumah macam memasak , kemas rumah dan tengok episod "running man" yang aku terlepas selama ini . hahah

okey , bercerita pasal memasak , malam ni aku nak kongsi satu resepi yang mudah . anak-anak dara , emak-emak atau bapak-bapak yang tak reti masak mesti boleh hadam resepi aku ini . *peace*

 Bahan-bahan :


1. Biji meranti .. agak-agak jer (aku tengok dah macam kacang peas)



2. 5 keping tempe (potong sesuka hati saja okay :D )


3. bahan-bahan tumisan (tumbuk) :

- bawang merah (3 biji)
- bawang putih (dua ulas)
- cili api (lima biji , actually ikut level pedas yang korang suka .. huhu)
- ikan bilis (aku guna tangan , jadinya aku guna segenggam ikan bilis .. haha)
- belacan sikit (terpulang korang sama ada nak letak atau tidak)

4. garam secukup rasa .
5. separuh cawan air (lebih kurang 5 sudu makan)

Cara-caranya :

1. mula-mula panaskan kuali dan letak minyak masak lbih kurang satu sudu makan .
2.  lepas itu , tumis bahan-bahan yang ditumbuk halus dan tempe sekaligus . tumis sampai naik bau yang sedap .
3. bila dah naik bau , letak biji meranti dan air sekaligus .
4. kemudian masukkan garam .
4. biarkan seketika sampai air hampir kering .
5. bila air dah hampir kering , matikan api dan hidang .



tadaaaa !! siap dah . nampak sedap pulak bila lapar .



#p/s : semasa sedang memasak tu , cuba amik sedikit untuk rasa . jangan risau , tak mati pun XD


Hanya Untuk Happy-happy ^_^

Post a Comment