Tuesday, 9 December 2014

Khidmat Masyarakat Taman Pagoh Jaya

4 Dec 2014
PLUS datang ke UTHM di Pagoh untuk memberi penjelasan kepada kami tentang penggunaan jalan raya dan pembesaran jalan raya . awin pun taktahu dekat mana pembesaran jalan raya tu . sebab jalan banyak tempat , mesti ada kon dekat tepi jalan dan papan tanda penyelenggaraan jalan raya . contoh mudah yang awin bagi macam di depan taman Pagoh Jaya . tapi itu baru 3 lorong . yang empat lorong tu awin tak berapa pasti . nampak kan betapa tak fokusnya awin . hahaha .. masa ceramah daripada PLUS tu , kami semua pelajar UTHM di kampus sementara ni diberikan topi , air mineral dan "flyers" . 
petang tu kami diberi makan nasi beriyani . mewah gitu . ini smua PLUS yang belanja . terima kasih PLUS

nampak sedap kan ? inilah nasi beriyani yang awin maksudkan . 
ada acar nenas , kambing masak beriyani , ayam masak merah , dalca dan menu utama perlulah ada nasi beriyani ,,  

Petang 4 Dec 2014
petang tu baru ada pembahagian emak / bapak / keluarga angkat kepada pelajar . well , dengan bangganya awin menyatakan awin dapat emak angkat yang lebih tak kurang gorgeous jugakla , masa mula-mula nampak macam pekerja kakitangan kerajaan takpun swasta , sekali apabila tanya , beliau hanya seorang suri rumah tangga . bukan awin seorang sahaja dalam keluarga angkat tu , awin ditemani dengan kawan kelas , syaf , y-da dan tyra . majlis pembahagian keluarga angkat ni menjadi menarik apabila yang memberi ucapan tu cakap umpama seorang jurujual yang berjaya seperti D'herb Terrlajak Laris . haha
aktiviti diteruskan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah bersama pelajar dan keluarga angkat . ramai yang turut serta dalam aktiviti tu . dan pada malam tu setiap pelajar bebas nak buat apa sahaja dengan keluarga angkat .
macam awin dan kawan-kawan pergi makan diluar bersama keluarga angkat . makan dekat restoran aminn tomyam sahaja . dekat dan memudahkan mak angkat kitorang untuk berjalan bersama . 

dari depan sebelah kiri : awin , tyra , syaf dan y-da
dari depan sebelah sebelah kanan : abang eyka (amik gambar) , ewan , eyka dan mak idah (mak angkat kami)

 lepas makan dan berborak , kami semua ke rumah mak idah . 

nampak kebahagian dari kami kan ? hahaha
time inilah semua menunjukkan berat badan masing-masing sebab ada penimban di rumah mak idah .
terima kasih mak idah untuk hari pertama sebab dah berhabis duit belanja kami makan , memperkenalkan anak-anak mak idah yang molek dan membawa kami ke rumah mak idah . 

5 Dec 2014
pagi itu ada lagi majlis pembahagian keluarga angkat kali kedua selepas bersarapan , khas buat pelajar yang masih belum dapat keluarga angkat . sebenarnya awin pun tak berapa ingat pagi ini buat apa . haha ,
pada petang tersebut kami ada sukaneka bersama keluarga angkat , jujur awin cakap langsung tak teratur dan awin rasa marah sangat . kesian ibu bapa angkat sebab tak tahu nak buat apa masa tu . tapi ada jugak keluarga angkat yang join setelah sekian lamanya bergoyang kaki di bawah pokok . hee
awin time tu tak main apa-apa pun, awin hanya menjadi penyokong untuk semua orang yang main . haa nampak kan permainannya . hahaha

antara kanak-kanak yang tak join apa-apa . haha

malam 5 Dec 2014 ,
aktiviti seterusnya kami perlu menghadiri majlis 'parenting talk/ bersama ... (lupa nama) .
masa ini kami semua dah kelaparan . awin sempat keluar bersama kawan pergi mencari makanan . dan malam tu kami agak malang sebab banyak kedai makan tak bukak . pergi kedai runcit takde makanan yang menarik . tempat terakhir kami pergi restoran amminn dan awin beli 'french fries' .
malam itu jugak ada bbq , time inilah rasa ketidakpuashati berlaku terhadap jkk . 

#pesanan buat orang yang memegang jawatan , tidak kita apa-apa jawatan : tolong hormat orang lain kalau anda ingin dihormati .

6 Dec 2014
6.30 am , hujan  renyai-renyai turun . memang sejuk dan menyebabkan  kami malas nak bangun dari atas katil . namun kerana memikirkan kehadiran ibu bapa angkat kami , kami bangun dan bersiap-siap turun ke bawah . 8.30 am , awin dan syaf antara pelajar terawal turun . sejuk tak terkata menyelubungi seluruh badan kami . hee
lebih kurang dalam pukul 9 hingga 9.30 am , sedikit demi sedikit ibu bapa mula membanjiri kawasan khemah . pagi itu kami sarapan nasi lemak . nasi lemak tu sedap !
pada pukul 11am , majlis perasmian dan penutup bagi program khidmat masyarakat bermula . lebih kurang pukul 12.30pm , majlis tamat . mak idah bagi kami cenderamata . kami betul-betul tidak menjangkakan semua ini . 

gambar terakhir dalam program anak angkat ini . 
terima kasih mak idah atas kain dan tudung yang diberi . sangat cantik dan selesa .. :)





Hanya Untuk Happy-happy ^_^

Post a Comment