Friday, 23 November 2012

Our last cLass with our Biology's teacher

Hari ni adalah hari terakhir saya dan kawan-kawan kumpulan biologi 5 SPM 1 hadir ke kelas Biologi bersama dengan cikgu kami yang bernama Puan Salasiah binti Khairollah.. Gembira sangat sebab tadi masa rehat kami buat satu jamuan kecil-kecilan. Kami semua amik gambar sama-sama. Memang syok.. Okay, tiba-tiba rasa sedih sebab bakal meninggalkan sekolah. Sebelum ni, kalau masa sekolah mesti rasa nak cepat-cepat berhenti dan keluar dari sekolah tu.. Arghh !!! ***ambik mood kejap***

Masa jamuan tu, kami semua berebut nak duduk sebelah cikgu. Yerlaa, lepas ni dah tak dapat nak duduk sebelah cikgu. Dah tak dapat nak peluk cikgu kuat-kuat.. Dah tak dapat dengar bebelan cikgu.. Dah tak dapat dengar lawak bodoh cikgu.. Tadi saya kira bernasib baik sebab dapat duduk sebelah cikgu.. Tapi tak sebelah sangat la.. Ada dua toyol bernama Nabilah dan Aisyah antara cikgu dengan saya..hehehe (ejek kawan baik sendiri)..
Cikgu, we will miss you!! 
Sebelum makan, cikgu ada bagi sikit kata-kata semangat. Ada jugak la perli-perli.. Alah, dah biasa semua tu.. Sebab tu saya kata cikgu saya THE BEST! Korang ado??!! Untuk pertama kalinya cikgu prihatin sangat dekat saya.. (want to cry.. sob..sob..) Cikgu tanya saya sihat ke tak.. Macam mana dengan saya sekarang.. Rupa-rupanya cikgu tau yang saya hari tu kena gastrik.. Kemudian saya jawab laa saya masih kena jaga makan, kena makan ubat ikut waktu.. Tak boleh careless dengan waktu makan..(aish, baru nak diet!haha)
Lepas saya jawab, saya terus peluk cikgu.. Sweet kan?? hee.. Cikgu bagi saya macam-macam tips biar tak kena gastrik.. Okay, terpaksa ikut sebab nak dapatkan keberkatan masa peperiksaan nanti.
Jamuan kami tak lama.. Cuma sejam je. Lepas tu sambung belajar.. Entah semangat apa yang merasuk dalam diri, kepala saya boleh masuk dengan apa yang saya belajar.. Pukul 12 balik.. Meninggalkan makmal dengan perasaan yang haru .. sob.. sobb..

Gambar-gambar kami ::



Yang bertudung merah tu adalah Puan Salasiah.. Nampak tak muka mengandung dia??
(dari kiri: Fild, Pah, Aisyah, saya , Puan Salasiah, Bila, Ain Z, Aina dan Alin)


Muka strees dengan angin kipas yang merosakkan tudung.. Arghh!!
(Dari kiri: Bila, Puan Salasiah dan saya !)


Geng paling enjoy dalam kelas.. Bab nyanyi-nyanyi bagi diorang..hahha
(dari kiri: ainZ, Aina, Farah, Fild, Pah)


Baju biru tu nama dia Adam, geng Addmath saya..dan yang comel tu Pah..



Hanya Untuk Happy-happy ^_^

Post a Comment