Monday, 19 November 2012

Apa itu "Crush" ?





"'CRUSH' kalau dalam kamus bermaksud hancur. Tapi kalau budak-budak maksudkan 'CRUSH' tu apa?" 

Mungkin sesiapa yang taktau apa itu crush akan dilabel budak bukan up to date.. Okay, saya terasa. Sejujurnya saya pun baru tau apa itu crush. Kawan saya baru bagitau pagi tadi masa tunggu Pendidikan Islam Kertas 2.
(Budak Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 kat sekolah saya pun tahu.. sedihnyee ~~)
Entah tetiba masa baca buku Pendidikan Islam, muncul perkataan 'CRUSH' tu dalam kepala. Jadi saya terus tanya kawan saya yang ada kat situ yang bernama Fadhilah. Mula-mula dia gelakkan saya giler-giler sebab dia ingat saya saje-saje nak permainkan dia. Lepas saya tarik muka dengan dia, baru dia tahu yang saya betul-betul taktau crush tu apa..
Kemudian dia terangkan dekat saya apa itu 'CRUSH'.. Perghh, terasa macam budak Darjah 1 baru belajar ABC. Nak segan pun dah tak boleh. Yerla orang kata jangan sombong nak bertanya, takut salah fakta kalau main terjah je. Kawan saya tu pun terangkan dekat saya yang 'CRUSH' tu adalah kawan lelaki yang yang kita minat secara diam-diam.
Saya tanya dia, 'CRUSH' tu macam 'BOYFRIEND' ke?
Dia kata tidak. Emm, bingung ni..
Lepas tu saya malas nak pikir banyak, saya anggap je 'CRUSH' tu macam skandal. Lantak la orang nak kata saya salah fakta atau tidak. Bagi saya semua tu tak penting. 'CRUSH', 'BOYFRIEND' dan 'KAWAN' semua adalah sama..
Nanti lepas habis je SPM baru saya selidik apa tu 'CRUSH'..





Hanya Untuk Happy-happy ^_^

Post a Comment