Sunday, 29 July 2012

Cara-cara taknak bukak Fb bila nak Peperiksaan

Setiap kali anda nak ujian atau peperiksaan pasti ada je halangannya nak membaca buku kan? 
Lebih-lebih lagi FACEBOOK. Betul tak? Okay saya nak kongsikan beberapa tips supaya tak bukak FACEBOOK sampai peperiksaan terutama bagi budak macam saya yang nak amik SPM tahun ini.

1. Buka balik keputusan ujian yang lepas-lepas. Tengok puas-puas pastu marah kat diri sendiri klau ada markah low.
2. Amik modem internet kat rumah pastu simpan la kat mana-mana yang konpem korang lupa.
3. Kalau ada laptop, campak je laptop tu kat parit atau kat mana-mana yang korang rasa tak sanggup korang nk pergi.
4. Bagi yang bukak Facebook kat phone tu, amik simkad korang tu pastu bagi budak-budak kecik pegang. Konpem diorang bawak masuk mulut kan? Hahahaha.. takkan sanggup punya korang nk jolok mulut dia untuk kluarkan balek..
5. Kalau nampak cybercafe kat kampung korang tu, korang buat-buat tak nampak je.. takpun korang anggap cc cybercafe tu macam masjid.. Alaa, macam saya tak tau, korang mana suka singgah tempat macam nie kan?

Okay , tu je la yang aku tau nak buat. Simple right? Amalkan la klau korang dah sengal sangat.. 

Hanya Untuk Happy-happy ^_^